Monday, August 22, 2011

kisah dia...

assalammualaikum...
kali ini aku nak share dengan semua cerita yang aku buat last sem untuk buku aku..
buku autobiografi aku under subject ayah agi..
kisah ini cerita tentang sahabat aku... dan si dia yang aku telah jatuh hati..
cerita ini bermula pada.............

Ketika aku berada di tingkatan 4, kelas aku ditempatkan di makmal kimia yang akan digunakan oleh pelajar kelas sains yang mengambil smatapelajaran kimia. Setiap hari, aku dan rakan kelas lain terpaksa berpindah-randah untuk bertukar kelas dengan kelas yang lain yang ingin menggunakan makmal kimia. Wah, tahun ini sangat meletihkan badan kerana perlu naik-turun sehingga ke tingkat 4.


Jika nak dipendekkan cerita, perkenalan aku dengan si dia adalah kerana seorang rakanku yang telah lama aku kenal dengannya. Nama diberi Amira Farha Binti Zainudin. Orangnya kecil tetapi banyak mulut, mudah didekati dan periang. Berkawan dengannya adalah satu anugerah daripada Allah yang sudi memberi pinjam kepada kami terutama ahli keluarga kami di 4 sains 3 dan 5 sains 3 08/09.


Cerita waktu pertama kali aku melihat si dia. Ketika itu, aku berada di tingkat atas, manakala si dia pula berada di tingkat bawah. Aku hanya perhatikan si dia berjalan sehingga mata aku hilang daripada melihat dia. “Yaallah, aku seperti jatuh kerana melihat si dia walaupun baru kali pertama aku melihatnya” aku berbisik dalam hati. Hanya melihat pandangan sisinya di saat terakhir sebelum dirinya hilang, membuatkan aku jatuh hati padanya.


Pada hari seterusnya, di kala keadaan riuh-rendah di dalam kelas ketika guru tiada, seperti biasa iaitu sesi mengumpat bagi kaum hawa akan diadakan. Tajuk pada hari itu adalah perbincangan tentang wanita? Owh, mungkin tidak tentang itu. Adakah tentang perancangan untuk pergi berkelah pada hari cuti? Mungkin juga kerana aku sendiri sudah lupa tentang itu. Apa yang pasti, aku telah mengaku pada mereka bahawa aku telah jatuh hati pada seorang senior kami. Owh, sungguh malunya aku.


Sebenarnya, aku sendiri tidak pasti siapakah gelaran untuk si dia tetapi yang aku pasti, dia adalah seorang senior aku. Setiap hari, Amira akan bertanya padaku tentang si dia. Yaallah, aku tidak tahu namanya bagaimana aku bisa jatuh hati padanya. Setiap kali ada peluang bertembung dengan kelas mereka, Amira akan bertanya padaku “Yang mana satukah si dia itu?”. Kadang-kala apabila sudah bertembung dengan si dia, kami pasti akan lupa tentangnya sehingga suatu hari berakhirlah semua pertanyaan mereka dan jawapan pun mereka sudah dapat.


Pada keesokkan hari selepas aku memberi tahu pada Amira siapakah si dia, si dia pula terus mencari aku yang memakai beg berwarna hitam. Aku bersam Aza ketika itu memakai beg yang berwarna hitam terkejut apabila mendengar abang-abang senior menyebut beg hitam dan melihat kami. Bodoh juga aku pada waktu itu kerana aku sangkakan mereka mencari Aza, padahal, mereka sangat mengenali Aza. Yaallah, aku benar-benar tidak tahu tentang itu.


Huh, malunya aku selepas itu bila mereka berkata tentang aku dan si dia. Rupanya si dia juga telah lama perhatian aku dari jauh. Apakah yang menarik apa aku? Tidak, tidak. Owh, apakah ini satu perancangan? Mungkin tidak. Aku sangat malu kerana Amira telah berjumpa dengannya dan memberitahu padanya bahawa aku menyukai dirinya. Bagaimanakah kamu sanggup untuk memberitahu perkara itu pada seorang lelaki? Kenyataan harus aku terima apabila perkara itu tidak ditolak oleh pihak si dia.


Permulaannya kami hanyalah sebagai kawan yang rapat sehingga satu masa, kami terputus hubungan. Aku tetap tidak lupa padanya kerana aku yakin, persahabatan kami tidak akan terputus walaupun jarak yang menghalang kami. Aku mendapat tahu bahawa selepas habis peperiksaan SPM, si dia terus bekerja dan sangat sibuk dengan kerjanya. Aku menerima dengan hati berbuka bahawa si dia tidak dapat berhubung dengan aku kerana mempunyai tanggungjawab sendiri.


Selepas beberapa bulan menyepikan diri, si dia datang mencari aku. Ketika itu aku seperti tidak percaya bahawa si dia masih mengingati aku. Sudahku bilang, si dia pasti akan mencari aku satu hari nanti. Harapan aku tidak sia-sia kerana menunggu si dia dan berharap si dia tidak lupa aku. Kami menjadi sangat rapat setelah berhubung kembali. Kami akan betanyakan khabar setiap hari dan mengingatkan tentang sesuatu perkara yang telah dikongsi bersama. Kami mula keluar bersama selepas hubungan sahabat kami pulih. Pertama kali aku hendak keluar dengannya, aku meminta pendapat Aza dan aku menerima pendapat Aza walaupun aku takut dan tidak pasti.


Sudah lama juga aku rapat dengannya dan sudah lebih setahun aku kenalnya dari mula saat aku jatuh hati. Tiga bulan akan berjauhan dengan si dia. PLKN, Kem Kuala Kubu Baru, Selangor. Alahai, tidak jauh pun, dalam negeri Selangor juga. Dekat sahaja jika mahu pulang ke rumah. Mahu pergi melawat? Alahai, boleh sahaja. Aku tidak pernah melawatnya di kem, aku hanya menunggu si dia pulang ke rumah.


Selepas tiga bulan PLKN pun habis, aku dan dia menjadi naga berlawan dengan naga. Mana boleh api lawan dengan api, memang tiada yang mengalah. Aku mendapati si dia telah rapat dengan seorang anak Sabah di kem mereka. Aku sangat sakit hati ketika itu. Dugaan untuk aku. Aku meminta si dia untuk membuat keputusan untuk memilih antara kami. Aku tidak sanggup untuk bergaduh dengannya.


Keputusan si dia telah membuatkan hubungan kami semakin rapat kerana si dia telah memilih aku dan aku bukan sahaja sekadar kawan biasa tetapi kami mencuba untuk menjadikan hubungan kami hubungan yang istimewa. Alhamdulillah, semakin hari hubungan kami semakin disokong oleh orang yang terdekat. Kami bersyukur kepada Allah, jika itu takdirnya akan aku kenang kerana kasih sahabatku yang berani. Semoga kasih sahabatmu itu membawa kami ke jinjang pelamin dan hingga akhir hayat kami. Pengorbananmu santiasa kami kenang dan semoga kau ditempatkan di tempat orang yang beriman.


****************************
kisah ini sudah pun menjadi sejarah hidup aku....
terima kasih, sahabatku...

Tuesday, August 16, 2011

happy birthday my noty prince..

happy 23th birthday, noty!
may Allah bless you, dear.. good luck in ur life.. i wish u happy with ur lover and family..
heeeeeeeeee....
tak wish pon dekat dia, malas nak cari dia.. sorry..
nie je yang mampu i buat..

4 years ago... 1st time i buat cake.. cake chocolate je, simply but special for him.. sweet tak? hahaha
i think u still remember about that..
because u send this pic to me..



nie lah card yang aku pernah buat untuk dia..
aku suka sangat card nie.. <3 <3 <3 sweet gitu..

acc, i terharu juga lah tapi awak memang takpernah buang kenangan awak kan..
awak akan simpan segalanya walaupun kadang kala awak lupa dekat mana awak letak barang tue tapi satu masa, awak akan jumpa kenangan awak dan awak akan hargainya seperti ianya baru lagi..
thanks dear.. iloveyou more..

Sunday, August 14, 2011

FAMAYRA ZULISA

harap maaf...
saya akan gunakan nama FAMAYRA ZULISA nie sehingga saya tidak perlukannya..
jangan tanya kenapa...
maybe kerana saya sudah sebati dengan nama nie..
tq..

Saturday, August 13, 2011

F'Grannis Away

baru je semalam F'Grannis Away puji aku sebab aku tak sedih walaupun dah single.
tapi malanngnya,
malam nie aku pulak menangis...
apa yang sedih sangat pun aku taktahu..
hmmmmm..
cepat betul kan dia berubah..
anyway, bukan salah dia..
aku tak boleh salahkan dia lah, dia pun ada hak..

buttttttttttttttttttttttt
i never forget this :-
kekasih gelapku
cinta antara kita
yang sempurnakan mu
lagu kita
kau aku
disaat aku mencintaimu
yang terindah
sampai syurga

hmm, maybe ada lagi yang takde dalam list nie kan?
sorry....

Thursday, August 11, 2011

percaya saja lah........

from 4 years ago, aku tak pernah sebut pon word "single" nie untuk diri aku... 
hmmm, but now, aku sudah single... macam tak percaya je fara single kan? 
ntah boleh tahan berapa lama pon aku tak tahu.. 
aku rasa kan, macam nak cari future husband je la lepas nie.. hee.. dah berangan lah aku nie..
ehh, biarlah aku nak berangan je, tak kacau orang lain pon..
nak kawen cepat lah, after diploma nie pon ok gak,, macam malas pulak nak continue degree..hee
ok, bai! ^_^

Wednesday, August 10, 2011

happy A ^_^

haa...... happy A to my ........... 
benda nie berlaku 4 years ago.. so, happy 4th A.. lama kan tapi apakan daya, semuanya dah berubah.. 
nak wish kat awak tapi takut sebab tengah gaduh dengan awak.. pasal gurau-gurau, sampai dapat sakit hati.. sorry sayang.. takde niat pon nak buat awak sakit hati.... iloveyou....

***********************************************************

apa-apa pon, kita kena happy juga lah bulan puasa nie..
takdelah happy sangat kan tapi dapat jugalah hibur hati yang sedang duka lara nie..
opppppppsssssss........

today ada program penamaan masjid uitm..
nama masjid tue MASJID TUNKU MIZAN...
SULTAN MIZAN yang rasmikan majlis nie..
then, dapat buka free, uitm bagi.. huhu
dapat buka dengan kuih, kenalah solat magrib dulu before membesarkan perut masing-masing..
yang menarik?
takdelah yang menarik sangat tapi dapat tengok sultan kan, bestlah juga.. haha
saya suka tengok muka wife sultan sebab ada serinya.. cantik.. ^_^
aktiviti macam biasa je lah, bulan puasa nie kan, buat amal ibadat je lah..
lepas makan, solat isyak dan terawih..
lepas tue dapat makanan lagi n terus tunggu bas, balik puncak perdana..

***************

to my mr M
iloveyou but im sorry...........
i terharu sangat when ur sister said
Una Nana hee .nt adk doa doa kan .korg bercinta balekk k .

tana kak ipar laen .:)

i just terharu dengan doa dia tapi i dont think kita boleh back together..
i'm very sorry..
i hope u get someone who can care about u..
i always miss you n i never forget u..

Friday, August 5, 2011

buka puasa with them......

hai, hello, assalamualaikum..........
hee, ramadhan sudah hari ke lima.. today is 1st day aku buka dengan my family.. kesian kan.. :(
buka puasa kali nie best lah.. happy je semua nya, aku rasa family aku yang paling happy sekali time nak tunggu time buka nie.. yang lain semua dah letih n senyap je..
ini adalah kami :)



sebelum berbuka...
kami semua..







kami berbuka dengan ini..


dan yang ini....
selepas solat magrib............


macam macam ada kan..
alhamdulillah, kenyang sangat2...



**************************************


after that, janji dengan cikcit n opah... dorang nak makan roti cheese..
aku ikut je la... tapi tiba-tiba saya merajuk dan menangis..
i'm sorry opah...............