Monday, August 22, 2011

kisah dia...

assalammualaikum...
kali ini aku nak share dengan semua cerita yang aku buat last sem untuk buku aku..
buku autobiografi aku under subject ayah agi..
kisah ini cerita tentang sahabat aku... dan si dia yang aku telah jatuh hati..
cerita ini bermula pada.............

Ketika aku berada di tingkatan 4, kelas aku ditempatkan di makmal kimia yang akan digunakan oleh pelajar kelas sains yang mengambil smatapelajaran kimia. Setiap hari, aku dan rakan kelas lain terpaksa berpindah-randah untuk bertukar kelas dengan kelas yang lain yang ingin menggunakan makmal kimia. Wah, tahun ini sangat meletihkan badan kerana perlu naik-turun sehingga ke tingkat 4.


Jika nak dipendekkan cerita, perkenalan aku dengan si dia adalah kerana seorang rakanku yang telah lama aku kenal dengannya. Nama diberi Amira Farha Binti Zainudin. Orangnya kecil tetapi banyak mulut, mudah didekati dan periang. Berkawan dengannya adalah satu anugerah daripada Allah yang sudi memberi pinjam kepada kami terutama ahli keluarga kami di 4 sains 3 dan 5 sains 3 08/09.


Cerita waktu pertama kali aku melihat si dia. Ketika itu, aku berada di tingkat atas, manakala si dia pula berada di tingkat bawah. Aku hanya perhatikan si dia berjalan sehingga mata aku hilang daripada melihat dia. “Yaallah, aku seperti jatuh kerana melihat si dia walaupun baru kali pertama aku melihatnya” aku berbisik dalam hati. Hanya melihat pandangan sisinya di saat terakhir sebelum dirinya hilang, membuatkan aku jatuh hati padanya.


Pada hari seterusnya, di kala keadaan riuh-rendah di dalam kelas ketika guru tiada, seperti biasa iaitu sesi mengumpat bagi kaum hawa akan diadakan. Tajuk pada hari itu adalah perbincangan tentang wanita? Owh, mungkin tidak tentang itu. Adakah tentang perancangan untuk pergi berkelah pada hari cuti? Mungkin juga kerana aku sendiri sudah lupa tentang itu. Apa yang pasti, aku telah mengaku pada mereka bahawa aku telah jatuh hati pada seorang senior kami. Owh, sungguh malunya aku.


Sebenarnya, aku sendiri tidak pasti siapakah gelaran untuk si dia tetapi yang aku pasti, dia adalah seorang senior aku. Setiap hari, Amira akan bertanya padaku tentang si dia. Yaallah, aku tidak tahu namanya bagaimana aku bisa jatuh hati padanya. Setiap kali ada peluang bertembung dengan kelas mereka, Amira akan bertanya padaku “Yang mana satukah si dia itu?”. Kadang-kala apabila sudah bertembung dengan si dia, kami pasti akan lupa tentangnya sehingga suatu hari berakhirlah semua pertanyaan mereka dan jawapan pun mereka sudah dapat.


Pada keesokkan hari selepas aku memberi tahu pada Amira siapakah si dia, si dia pula terus mencari aku yang memakai beg berwarna hitam. Aku bersam Aza ketika itu memakai beg yang berwarna hitam terkejut apabila mendengar abang-abang senior menyebut beg hitam dan melihat kami. Bodoh juga aku pada waktu itu kerana aku sangkakan mereka mencari Aza, padahal, mereka sangat mengenali Aza. Yaallah, aku benar-benar tidak tahu tentang itu.


Huh, malunya aku selepas itu bila mereka berkata tentang aku dan si dia. Rupanya si dia juga telah lama perhatian aku dari jauh. Apakah yang menarik apa aku? Tidak, tidak. Owh, apakah ini satu perancangan? Mungkin tidak. Aku sangat malu kerana Amira telah berjumpa dengannya dan memberitahu padanya bahawa aku menyukai dirinya. Bagaimanakah kamu sanggup untuk memberitahu perkara itu pada seorang lelaki? Kenyataan harus aku terima apabila perkara itu tidak ditolak oleh pihak si dia.


Permulaannya kami hanyalah sebagai kawan yang rapat sehingga satu masa, kami terputus hubungan. Aku tetap tidak lupa padanya kerana aku yakin, persahabatan kami tidak akan terputus walaupun jarak yang menghalang kami. Aku mendapat tahu bahawa selepas habis peperiksaan SPM, si dia terus bekerja dan sangat sibuk dengan kerjanya. Aku menerima dengan hati berbuka bahawa si dia tidak dapat berhubung dengan aku kerana mempunyai tanggungjawab sendiri.


Selepas beberapa bulan menyepikan diri, si dia datang mencari aku. Ketika itu aku seperti tidak percaya bahawa si dia masih mengingati aku. Sudahku bilang, si dia pasti akan mencari aku satu hari nanti. Harapan aku tidak sia-sia kerana menunggu si dia dan berharap si dia tidak lupa aku. Kami menjadi sangat rapat setelah berhubung kembali. Kami akan betanyakan khabar setiap hari dan mengingatkan tentang sesuatu perkara yang telah dikongsi bersama. Kami mula keluar bersama selepas hubungan sahabat kami pulih. Pertama kali aku hendak keluar dengannya, aku meminta pendapat Aza dan aku menerima pendapat Aza walaupun aku takut dan tidak pasti.


Sudah lama juga aku rapat dengannya dan sudah lebih setahun aku kenalnya dari mula saat aku jatuh hati. Tiga bulan akan berjauhan dengan si dia. PLKN, Kem Kuala Kubu Baru, Selangor. Alahai, tidak jauh pun, dalam negeri Selangor juga. Dekat sahaja jika mahu pulang ke rumah. Mahu pergi melawat? Alahai, boleh sahaja. Aku tidak pernah melawatnya di kem, aku hanya menunggu si dia pulang ke rumah.


Selepas tiga bulan PLKN pun habis, aku dan dia menjadi naga berlawan dengan naga. Mana boleh api lawan dengan api, memang tiada yang mengalah. Aku mendapati si dia telah rapat dengan seorang anak Sabah di kem mereka. Aku sangat sakit hati ketika itu. Dugaan untuk aku. Aku meminta si dia untuk membuat keputusan untuk memilih antara kami. Aku tidak sanggup untuk bergaduh dengannya.


Keputusan si dia telah membuatkan hubungan kami semakin rapat kerana si dia telah memilih aku dan aku bukan sahaja sekadar kawan biasa tetapi kami mencuba untuk menjadikan hubungan kami hubungan yang istimewa. Alhamdulillah, semakin hari hubungan kami semakin disokong oleh orang yang terdekat. Kami bersyukur kepada Allah, jika itu takdirnya akan aku kenang kerana kasih sahabatku yang berani. Semoga kasih sahabatmu itu membawa kami ke jinjang pelamin dan hingga akhir hayat kami. Pengorbananmu santiasa kami kenang dan semoga kau ditempatkan di tempat orang yang beriman.


****************************
kisah ini sudah pun menjadi sejarah hidup aku....
terima kasih, sahabatku...

1 comment: