Tuesday, July 10, 2012

ingin kembali lagi

assalamualaikum..

fuyoo, bersawang dah space aku dekat sini! berapa lama dah tak berkunjung dan bagi makan.. apa sudah jadi ni? masyaallah.. dan hari ni aku sempat berkunjung untuk menyemakkan lagi space yang sudah lama gila aku tak masuk ni! last entry, about him and his birthday.. bukan sebab aku dah bahagia dengan dia time tue tapi sebab aku busy la.. sebulan laptop aku sakit masuk hospital, lepastue aku busy sebab kerja time cuti sem lepas.. banyak sangat activity time cuti haritue.. kalau la aku share every event mesti best tapi masalah aku ni KADANG-KADANG tu malas.. ehh, bulan malas la.. busy sangat dan tak sempat nak online pun.. sangat sedih plus phone buat hal.. ish, nak sangat cerita semuanya tapi apa kan daya.. nanti kalau ada masa, aku share semuanya tau!

ok, dah sebulan aku masuk part 5 ni.. insyaallah, last sem for diploma.. yaallah, mohon permudahkan aku pada sem ni untuk aku dan rakan-rakan yang lain berjaya dengan cemerlang, amin. sem yang sangat mencabar! alahai, biasa la tahun terakhir, mesti la banyak cabaran yang kena kita terima! baru la boleh tunjukan segala kuasa yang ada dalam diri tu.. kan? aku cuma share sikit la pasal event yang aku join untuk sem ni..


  1. Festival Filem & Video Pelajar Malaysia ke 9 - event FFVPM ni dah pun berlangsung bulan lepas dan aku join Department Lighting.. tak hebat pun, cuma ingin belajar saja..
  2. Induction pelajar junior - ala, ini event kecil je kat fakulti ni tapi kami sering taklupa untuk mengenali setiap warga baru di fakulti kami.. telah bermula pada minggu ke 3 dan akan berakhir pada esok hari.
  3. Diploma Showcase - ok, yang ini adalah event terbesar yang kami akan jayakan pada september nanti.. event teater! opss, jangan tanya "adakah kau(aku) yang akan berlakon?" ohh, semestinya la TIDAK! aku cuma menguruskan teater ini.. ingin tahu mengenai event kami? lawatilah blog ini http://sangartisanproduction.blogspot.com/  jangan lupa untuk membeli tiket dan menyaksikan teater ini nanti

# minta maaf kerana entry yang bosan ni.. dah lama tak post kan, next time upgrade yang lebih better.. insyaallah

No comments:

Post a Comment