Wednesday, July 25, 2012

salam ramadhan

assalamualaikum...

hai, semua... alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari yang ke-6 dalam bulan ramadhan.. hah, macam sekejap je kan? tinggal beberapa hari je lagi tinggal.. time bulan ramadhan tahun ini mungkin aku agak busy sikit la walaupun tak busy pun.. saja nak busykan diri sendiri yang kononnya banyak kerja nak dibuatkan, sedangkan tak ada pun.. haha.. :D

aktiviti aku masa bulan ramadhan ini? hmm, bangun sahur, tidur, pergi class, balik class, tidur lagi, pergi bazaar ramadhan, cari makanan berbuka, berbuka, takktahu buat apa dah.. hihi.. haa, nampak sangat teruk dekat di situ dan sangat membosankan.. aktiviti lain? tunggu la seminggu lagi, keluar shopping raya, maybe.. haha.. itu saja yang orang suka kan? alangkah bahagianya jika boleh duduk bergoyang kaki tanpa assignment atau kerja.. ohh, senang pula aktiviti seperti itu.. wahhhhh...

ok, aku pun taktahu apa yang aku mengarut sekarang ni, cuma nak share mengenai 
Promosi Raya, harga tiket teater lagenda RM8, untuk 200 seat terawal. Harga asal RM15. Sah dari 23 Julai sehingga 6 Ogos 2012. Antara teater yang akan dipersembahkan nanti adalah Musang Berjanggut, Ibu Mertuaku, Ali Baba Bujang Lapok dan juga Keluarga 69. 
maklumat lanjut, boleh kunjungi  http://sangartisanproduction.blogspot.com/


selamat berhibur!

dengan ini, saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan 1433 H. selamat menjalani ibadah berpuasa dan selamat memperbanyakan amalan :)

No comments:

Post a Comment